BUSANA ANA UMMI

SELAMAT DATANG

Busana Ana Ummi
Menjalankan perniagaan secara "offline" dan "online". Menjual koleksi pakaian kanak-kanak seperti jubah dan gaun serta terdapat juga tudung untuk kanak-kanak. Kami juga menjual koleksi pakaian untuk wanita muslimah seperti jubah, jubah seluar, jubah kain, baju kurung moden dan tradisional, blouse labuh, t shirt muslimah dan tudung terkini


Mula beoperasi pada 15 JUN 2009
KT0260931-X (daftar Niaga)
Beoperasi di No:2, Tingkat Bawah, Wisma MDT, 16250, Wakaf Bharu, Kelantan
Jika ada yang betul-betul berminat untuk membeli koleksi pakaian ini boleh sms saya di 0199818094 ataupun e mail ke busanaanaummi@yahoo.com.
Pembayaran boleh dibuat melalui MAYBANK2U @ Paypal

PAKAR PROMOSI

BINA KEDAI ONLINE

ISIKAN EMAIL ANDA DI BAWAH UNTUK DAPATKAN DISKAUN BAGI BARANGAN RUNCIT DAN BORONG .

Nama: Email:

Rabu, 17 Februari 2010

Mata oh mata (ii)

sambungan.........
Seminggu selepas itu kanak2 yang bermasalah dengan mata tadi datang untuk ambil spek(cermin mata), betapa gembiranya dia seperti baru melihat betapa indahnya dunia ini.
         Mereka yang mengalami masalah rabun sebenarnya melihat dunia dari pandangan mata seperti penuh berasap, ataupun cermin yang diselaputi sedikit kabus dan bagi mereka itu dah terang. Samalah juga jika kita lihat meja pada jarak 6 meter sudah jelas tapi bagi merek yang bermasalah rabun , meja tersebut kena di alihkan lebih dekat lagi supaya nampak jelas.
    ...............seperkara lagi kalau ada terlihat adik/anak/saudara mara/ jiran tetangga menonton televisyen terlalu dekat seperti nak masuk dalam peti televisyen, itu salah satu tanda rabun jauh (myopia).
berbalik pada cerita kanak-kanak tadi......selepas memakai spek lebihkurang 2 minggu, ibunya datang mengucapkan terima kasih kerana segala masalah yang dihadapi oleh anaknya selesai (oghe kelate panggil serupo tohok laut). Tiada lagi sakit kepala ataupun pengsan disekolah.

.......PERHATIAN  ............MEREKA YANG PAKAI SPEK.....
           Apakah perkara pertama yang anda buat masa nak pergi buat spek, apa sebab utama; spek dah tak terang, bingkai dah rosak atau ketinggalan zaman, sakit kepala ataupun memang dah rutin spek kena tukar?. Sebelum ke kedai spek tu periksalah dulu sama ada kedai tersebut ada Optometris yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia, sebabnya jika nak tanya masalah bab mata ni dia memanglah boleh jawab. jangn percaya sangat pemeriksaan mata dengan komputer (untuk power spek), power tu tak lepas juga kena cek dengan baca ABC. Secanggih mana komputer pun power kena ambil melalui bacaan ABC barulah tepat (faktor manusia). Power komputer hanya untuk screening sahaja.........kat kedai saya pun memang ada komputer tu siap boleh screen tengok selaput dalam mata.........tapi power spek kena periksa dengan baca ABC juga..........................

Rabu, 3 Februari 2010

Mata oh mata

            Bercerita  bab mata ni kadang-kadang ku tak tahu nak bermula dari mana.........tetapi jika diikutkan  kepada pengalaman memang banyak. Hairan juga dengan masyarakat kita ni terlalu memandang ringan tentang mata, sedangkan mata merupakan deria anugerah ALlah yang paling penting. Jika tanpa nikmatnya yang satu ini maka gelaplah dunia hitam legam tiada warna .........hatta putih pun tidak.
           Ada seoarang pelanggan datang bawa anak berusia 10 tahun mengadu sakit kepala, tak tahan cuaca panas dan seringkali di dapati pengsan di sekolah semasa perhimpunan. Sudah lama anaknya mengadu tapi ibu bapa buat tak tahu hanya kerana anggap perkara itu remeh. Bawa pergi klinik hanya di berikan panadol...........kalau begini sampai bila masalah tak selesai.
          Akhirnya atas nasihat seorang kawan maka si ibu bawalah anaknya buat pemeriksaan mata dan hasilnya kanak-kanak tersebut memerlukan pemakaian cermin mata  kerana kuasa kanta matanya mencapai 3.00DS untuk setiap mata. Sebenarnya bagi seorang kanak-kanak yang baru bermula untuk pemakaian cerminmata ia adalah sangat tinggi. Maka ku sarankan agar kanak-kanak tersebut memakai cerminmata yang ada warna bersama dengan antisilau. Memanglah kos tinggi sikit tetapi jika kita sayangkan mata anak ia amat berbaloi dengan apa yang dilaburkan...........sambung kemudian.....