BUSANA ANA UMMI

SELAMAT DATANG

Busana Ana Ummi
Menjalankan perniagaan secara "offline" dan "online". Menjual koleksi pakaian kanak-kanak seperti jubah dan gaun serta terdapat juga tudung untuk kanak-kanak. Kami juga menjual koleksi pakaian untuk wanita muslimah seperti jubah, jubah seluar, jubah kain, baju kurung moden dan tradisional, blouse labuh, t shirt muslimah dan tudung terkini


Mula beoperasi pada 15 JUN 2009
KT0260931-X (daftar Niaga)
Beoperasi di No:2, Tingkat Bawah, Wisma MDT, 16250, Wakaf Bharu, Kelantan
Jika ada yang betul-betul berminat untuk membeli koleksi pakaian ini boleh sms saya di 0199818094 ataupun e mail ke busanaanaummi@yahoo.com.
Pembayaran boleh dibuat melalui MAYBANK2U @ Paypal

PAKAR PROMOSI

BINA KEDAI ONLINE

ISIKAN EMAIL ANDA DI BAWAH UNTUK DAPATKAN DISKAUN BAGI BARANGAN RUNCIT DAN BORONG .

Nama: Email:

Selasa, 24 April 2012

PTOSIS (KELOPAK MATA JATUH)

PTOSIS (KELOPAK MATA JATUH)

             Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini, maaf lama dah tak update blog, maklumlah tak berapa sihat.......tambahan line internet kat rumah pun tak berapa sihat juga sekejap ada sekejap tak ada macam biskut chipsmore pula. (begitulah nasib bila guna broadband kat kawasan kampung ni, klu guna Wifi tm, wayar asyik kena curi pulak). Tinggal beberapa hari lagi saya nak habis pantang, jawabnya kena masuk kerja baliklah selepas lama berehat kat rumah.

             Post terbaru kali ni nak bercerita tentang ptosis. Ptosis ni boleh berlaku sebelah mata @ kedua-dua belah mata. Kesannya jika tak dirawat akan menyebabkan simptom mata malas terutama kanak-kanak, manakala orang dewasa akan mengganggu penglihatan seperti kita letak langsir separuh kat tingkap sebelah atas dan sekadar boleh lihat pada kawasan bawah tingkap sahaja. Contoh ptosis seperti gambar di bawah:

PTOSIS SEBELAH MATA



PTOSIS KEDUA-DUA BELAH MATA
PTOSIS - membawa maksud kelopak mata jatuh hingga menutupi sebahagian mata. Biasanya terjadi akibat kemalangan, kelemahan otot yang pegang kelopak mata untuk buka mata ataupun lahir dengan ptosis (kongenital). Boleh berlaku sebelah atau kedua belah mata. Mata kelihatan seperti tak mahu celik. Salah satu sebab lagi ialah kerosakkan pada saraf yang kawal otot mata dan juga kulit kelopak mata yang kendur.

Oleh itu jika terdapat dikalangan ahli keluarga yang bermasalah seperti di atas segeralah dirujukkan kepada pakar mata kerana keadaan ini merupakan sesuatu yang tidak normal. Lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak kerana ia akan mengganggu proses tumbesaran dan tahap penglihatan kanak-kanak tersebut. Proses pemulihan boleh dilakukan dari peringkat awal dengan melalui terapi penglihatan dan pembedahan.

Khamis, 19 April 2012

Ipad/ Y-pad for Kids Learning (ready stock)

Ipad For Kids Learning (ready stock)


 Ipad For Kids Learning (ready stock)
warna putih
RM 29.90
(Tak termasuk pos)
Tekan aje akan berbunyi perkataan/huruf. Ada muzik & gambar yang mudah & menarik minat anak untuk belajar. Anak-anak pun cepat boleh mengenal huruf & menghafal. sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas



Pada zaman serba pantas ini, alat mainan yang serba canggih di pasaran menjadi kegilaan kanak-kanak untuk menjana daya pemikiran kritis dan kreatif semasa umur mereka masih muda lagi. Teknologi dan pendidikan tidak dapat dipisahkan terutamanya apabila menyentuh pendidikan awal kanak-kanak.

Terbaru, Y-Pad atau Ypad merupakan mainan elektronik yang menyerupai Ipad. Ia sesuai untuk dijadikan mainan anak-anak, melatih mereka mengenal huruf dan sebagainya. Pelbagai fungsi menarik ada dalam Y-Pad ini dan semestinya akan menarik perhatian dan tumpuan kanak-kanak terhadapnya.



ini link video http://www.facebook.com/photo.php?v=10150734395603128
Stok Terhad
untuk order boleh pm, email ke busanaanaummi@yahoo.com, atau sms 0199818094


klik link ini untuk video