SAMBUNGAN...........
Macam drama dalam tv pulak siap ada sambungan. Sebelum saya buka cerita tentang kanta sentuh ni , ada ke pembaca kat sini kena sakit mata? Kalau ada tu cepat-cepatlah dapatkan ubat kat doktor dan kalau boleh ambillah cuti kerana ia boleh berjangkit.
Saya nak sambung berkenaan CL (kanta sentuh), kalau kita dah pakai lama dah contohnya lebih dari 2/3 tahun,pernahkah buat pemeriksaan mata tengok mata tu sihat ke tidak? Pemeriksaan selepas (after care) untuk pemakai CL boleh di buat kat Optometris yang berdaftar . Periksalah mata anada kerana biasanya orang yang pakai CL terlalu lama kesan sampingannya akan terdapat satu pertumbuhan salur darah yang baru dekat mata putih (conjuntiva) menghala ke mata hitam (iris). Kalau makin banyak salur darah yang halus ini ia adalah satu keadaan tak normal pada mata . Ia akan kelihatan merah pada mata putih dan jika dibiarkan ia akan memudaratkan mata hitam dan menguasainya serta boleh bawa kepada risiko kebutaan..........
Salur darah baru yang tumbuh ni disebabkan oleh kornea yang jernih tu ditutupi oleh CL. Ia juga bernafas jadi bila kita pakai CL ia akan halang kornea tu bernafas jadi macam orang jugalah kalau kita tutup hidung maka tak boleh bernafasleh kita. Pembentukan salur darah yang tak normal ni sebenarnya bertujuan untuk bekalkan oksigen pada matalah. Itu satu perkara, satu lagi kalau kita ada gatal-gatal mata, sering merah, kalau berkelip tak cukup penuh anda adalah orang yang berisiko tinggi jika pakai CL. Pemakaian CL ni kena ada disiplin yang tinggi dalam kebersihan terutamanya ketika pakai dan buang CL.
JANGAN SEKALI-KALI pakai kanta sentuh dalam tandas kerana di situlah tempatnya perkumpulan/gangster-gangster kuman/bakteria. Ingatlah mata itu organ manusia yang paling sensitif kat badan..........
Rabu, 29 Jun 2011
Ahad, 5 Jun 2011
Kanta Sentuh
Dah lama rasanya tak update blog ni rasanya dah banyak sangat sawangnya. Takpelah ni baru rasa tenang sikit baru boleh nak mengarang sikit. Kalau tak ada mood susah juga idea nak keluar habis semuanya terbang.
Ok lah kita terus pada topik yang hendak di perkatakan iaitu "kanta sentuh". Apa itu kanta sentuh? rasanya semua orang dah tahu tentangnya walaupun orang tersebut tidak pakai cermin mata sekalipun. Sekarang ni pemakaian kanta sentuh dah jadi 'trend' orang muda pula ,dah setaraf macam pakai mekap, baju, beg dan aksesori lain.Ramainya adalah wanita dan kanta sentuh yang paling glamour sekali ialah yang berwarna dan jenis pakai buang. Warna apa yang paling 'hot' kat pasaran sekarang ni, kalau tak silap saya tentulah 'hazel'.
Sebelum saya pergi lebih jauh tentang kanta sentuh ni, baik saya ceritakan dulu tentang mata kita kerana ia amat berkait rapat dengan kanta sentuh (CL). Bahagian mata yang paling luar sekali di panggil kornea, kawasan kornea inilah yang akan bersentuhan dengan CL apabila kita memakainya. Kalau nak tahu kornea ni adalah kawasan paling sensitif di badan kita. Masuk je habuk kat dalam mata terus kita berkelip-kelip (tindakan automatik mata) untuk buang benda asing dalam mata. Jadi apabila kita pakai CL kanta dalam mata tu rasa sensitif masuk habuk tu dah tak dapat di rasai lagi kerana telah dikurangkan oleh CL. Dah berkurang satu nikmat ALlah.
Keduanya tentang kornea ni, ia adalah satu lapisan jernih kat depan mata kita dan melaluinya kita dapat lihat mata hitam (iris) dan anak mata. Kornea ini sifat sebenarnya adalah ia boleh bernafas dan kandungan airnya adalah tinggi, jadi dengan pemakaian CL ia telah halang sifat sebenar kornea untuk bernafas. Oleh itu berhati-hatilah wahai pemakai CL, pakailah ikut prosedur yang betul terutamanya mengenai tempoh pemakaian janganlah lebih dari 10 jam sehari, nak terlelap sekejap pun ken buka CL tersebut sebab kesannya adalah jangkamasa panjang dan bila dah kena boleh akibatkan buta............
(bersambung)
Boleh baca juga tentangKANTA LEKAP MURAH

Jumaat, 3 Jun 2011
Rabu, 27 April 2011
Katarak 2
......(sambungan). sememangnya mereka yang ada katarak dalam mata ni harapan untuk pulih tu memang ada terutamanya melalui pembedahan dengan penggantian kanta/manik yang baru di dalam mata.
" Tapi mek!, rama doh oghe royak ko pokcik lepas buat mata makin tok napok, lagumana tu?", tanya pakcik tu sebelum keluar." sebenarnya gini pokcik, kalau tak ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, stroke , buah pinggang dan lain-lain (penyakit ni libatkan kerosakan saraf mata ), kejayaan untuk lihat semula adalah tinggi. tapi biasalah orangbila dengar satu kegagalan dari 10 kejayaan masih yakin kepada kegagalan itu." "Selaput ini terjadi biasanya kerana proses penuaan /peningkatan umur, sama juga seperti kulit berkedut, bongkok dan lain2. Kebiasaannya ia dikaitkan dengan penyakit, keturunan, pendedahan kepada matahari(sinar UV), kurang minum air dan banyak lagi. Dibawah ini saya ingi kongsikan gambar katarak yang biasa dihidapi oleh ramai warga emas
Jenis-jenis katarak ni boleh dilihat pada gambar, biasanya jenis "mature cataract" yang boleh membawa kepada kebutaan. Tetapi jenis ini jika tak ada kerosakan saraf kat retina selepas pembedahab penukaran kanta IOL, InsyaALlah untuk melihat balik adalah tinggi. Pembedahan mata akan di buat sebelah mata sahaja ikut kesesuaian pesakit. Manakala katarak daru jenis yang lain pesakit biasanya tiada masalah sangat dalam penglihatan cuma perlu pemakaian cerminmata dan bila katarak dah terlalu tebal baru buat pembedahan.

Ahad, 24 April 2011
Jubah Sofy
![]() |
| J 9/189, warna oren, Saiz M (bahu 39cm, dada 49cm, lengan 56cm, labuh 142cm), RM 189 |
![]() |
| J 9/191, Warna biru, saiz S (bahu 38cm, dada 46cm, lengan53cm, labuh 142 cm),RM 189 |
![]() |
| J 9/192, Warna Ungu, saiz L (bahu 39cm, dada 52cm, lengan 55cm, labuh 142 cm), RM189 |
Selasa, 19 April 2011
Katarak (Selaput Mata)
............."Assalamualaikum, ada orang ke kat dalam kedai ni? .......... ada seorang pakcik masuk dalam kedai sambil berjalan perlahan dan di pimpin oleh anaknya. "Waalaikumussalam, boleh kami bantu pakcik, ada apa masalah ke?, seorang dari staff menjawab. "pakcik nok buat spek mato lamo doh tok napok, gi spital doktor tak bui buat spek jadipokcik mari sini kut bulih buat.".......
Itu sekadar perbualan biasa patient/pelanggan yang masuk ke kedai ku terutama yang dah berumur dan umur biasanya 60tahun ke atas. Sebenarnya bila ku lihat je sorang pakcik/makcik melangkah ke dalam kedai/klinikku ni berpimpin seperti tadi ku boleh agak apa masalahnya (berdasarkan pengalaman dan pemerhatian). Bila di buat pemeriksaan terutama autorefractor canon (kat premisku ni -dari jenis boleh scan katarak), sah lah pakcik tadi ada katarak.
Katarak- bila kita lihat pada mata secara luaran x perasan apa-apa tapi cuba perhati betul2 kat anak matanya pasti tidak berapa hitam dan jika kelihatan mata tu dah putih memanglah kataraknya dah tebal.
"Maaflah pokcik kita x leh nak buat gapo dah dengan mata ni kena gi pisah kat sepital, kalau buat spek buat rugi jah". (bersambung)