BUSANA ANA UMMI

SELAMAT DATANG

Busana Ana Ummi
Menjalankan perniagaan secara "offline" dan "online". Menjual koleksi pakaian kanak-kanak seperti jubah dan gaun serta terdapat juga tudung untuk kanak-kanak. Kami juga menjual koleksi pakaian untuk wanita muslimah seperti jubah, jubah seluar, jubah kain, baju kurung moden dan tradisional, blouse labuh, t shirt muslimah dan tudung terkini


Mula beoperasi pada 15 JUN 2009
KT0260931-X (daftar Niaga)
Beoperasi di No:2, Tingkat Bawah, Wisma MDT, 16250, Wakaf Bharu, Kelantan
Jika ada yang betul-betul berminat untuk membeli koleksi pakaian ini boleh sms saya di 0199818094 ataupun e mail ke busanaanaummi@yahoo.com.
Pembayaran boleh dibuat melalui MAYBANK2U @ Paypal

PAKAR PROMOSI

BINA KEDAI ONLINE

ISIKAN EMAIL ANDA DI BAWAH UNTUK DAPATKAN DISKAUN BAGI BARANGAN RUNCIT DAN BORONG .

Nama: Email:

Sabtu, 3 Disember 2011

MATA DAN KENCING MANIS (DIABETIS)

                  Assalamualaikum kepada yang baru menjenguk ataupun bertandang kat blog ini. maaf lama dah tak update bab mata ni sibuk duk uruskan fb pages. tak terkejar rasanya. 
                  
                 Bercerita bab mata, semua manusia yang sempurna dianugerahkan ALLAH sepasang mata yang cantik . Daripada pandangan mata itulah bermulanya kehidupan manusia untuk melihat alam ciptaan ALLAH ini.Mata juga perlu dijaga kerana bila kita sudah kehilangannya maka dah tak ada galang gantinya. Walaupun kita diberi mata palsu tetapi ia hanya sekadar hiasan dan manusia tak dapat melihat menerusinya. Nikmat kurniaan mata daripada ALLAH ini tak dapat ditukar ganti seperti kita memakai kaki palsu, gigi palsu ataupun rambut palsu. Bila dah kehilangannya , maka dunia kita akan menjadi gelap. Oleh itu marilah kita menjaga mata Anugerah Penglihatan Yang paling besar.

                 Penyakit kencing manis adalah satu penyakit yang membawa kesan yang besar kepada mata. 2/3 minggu lepas ada sepasang suami isteri datang berkunjung ke premis ku. Si  isteri ingin menjalani pemeriksaan mata kerana sudah tak dapat melihat orang @ benda dengan jelas. Sesudah maklumat pesakit tersebut  diisi, maka pemeriksaan mata dijalankan. Macam biasa sejarah (history) penyakit diambil. beliau menyatakan mata sebelah kiri dah tak nampak apa-apa dah, undermedication ubat stroke  dan darah tinggi. Bila ku tanya tentang kencing manis dijawabnya ok lagi dengan ukuran pada skala 7. Pemeriksaan VA sebelum didapati RE <6/60 dan LE npl (no perception of light). VA dengan RX pula  RE 6/24 dan LE balance. Semasa datang   beliau berjalan seperti biasa tak perlu dipimpin.. Sesudah periksa mata, beliau disarankan untuk membuat cerminmata jauh dan dekat kerana hasil dari pemeriksaan mata ada perbezaan dengan memakai cermin mata. Maka cerminmata pun ditempah.

                 Al kisahnya setelah seminggu kemudian cerminmata yang ditempah pun siaplah. Si isteri tadi datang bersama suaminya untuk mendapatkan cerminmatanya, tetapi kali ini beliau datang berpimpin dengan suami (perlu bantuan untuk berjalan) kerana keadaan matanya yang bertambah teruk.Sahlah beliau tak dapat pakai cermin mata yang dibuat kerana keadaan kesihatannya yang tak mengizinkan di mana kandungan gula dalam darah telah meningkat ke skala 20. Untuk pengetahuan semua apabila kandungan gula dalam darah meningkat terutama pesakit diabetis maka mata akan bertambah rabun dengan peningkatan kandungan gula dalam darah. Oleh itu awasilah penyakit kencing manis ini kerana kesan besarnya ia akan membawa kepada masalah kebutaan yang dah tak boleh dirawat lagi
                 

0 ulasan: