Khamis, 8 Disember 2011
Sabtu, 3 Disember 2011
MATA DAN KENCING MANIS (DIABETIS)
Assalamualaikum kepada yang baru menjenguk ataupun bertandang kat blog ini. maaf lama dah tak update bab mata ni sibuk duk uruskan fb pages. tak terkejar rasanya.
Bercerita bab mata, semua manusia yang sempurna dianugerahkan ALLAH sepasang mata yang cantik . Daripada pandangan mata itulah bermulanya kehidupan manusia untuk melihat alam ciptaan ALLAH ini.Mata juga perlu dijaga kerana bila kita sudah kehilangannya maka dah tak ada galang gantinya. Walaupun kita diberi mata palsu tetapi ia hanya sekadar hiasan dan manusia tak dapat melihat menerusinya. Nikmat kurniaan mata daripada ALLAH ini tak dapat ditukar ganti seperti kita memakai kaki palsu, gigi palsu ataupun rambut palsu. Bila dah kehilangannya , maka dunia kita akan menjadi gelap. Oleh itu marilah kita menjaga mata Anugerah Penglihatan Yang paling besar.
Penyakit kencing manis adalah satu penyakit yang membawa kesan yang besar kepada mata. 2/3 minggu lepas ada sepasang suami isteri datang berkunjung ke premis ku. Si isteri ingin menjalani pemeriksaan mata kerana sudah tak dapat melihat orang @ benda dengan jelas. Sesudah maklumat pesakit tersebut diisi, maka pemeriksaan mata dijalankan. Macam biasa sejarah (history) penyakit diambil. beliau menyatakan mata sebelah kiri dah tak nampak apa-apa dah, undermedication ubat stroke dan darah tinggi. Bila ku tanya tentang kencing manis dijawabnya ok lagi dengan ukuran pada skala 7. Pemeriksaan VA sebelum didapati RE <6/60 dan LE npl (no perception of light). VA dengan RX pula RE 6/24 dan LE balance. Semasa datang beliau berjalan seperti biasa tak perlu dipimpin.. Sesudah periksa mata, beliau disarankan untuk membuat cerminmata jauh dan dekat kerana hasil dari pemeriksaan mata ada perbezaan dengan memakai cermin mata. Maka cerminmata pun ditempah.
Al kisahnya setelah seminggu kemudian cerminmata yang ditempah pun siaplah. Si isteri tadi datang bersama suaminya untuk mendapatkan cerminmatanya, tetapi kali ini beliau datang berpimpin dengan suami (perlu bantuan untuk berjalan) kerana keadaan matanya yang bertambah teruk.Sahlah beliau tak dapat pakai cermin mata yang dibuat kerana keadaan kesihatannya yang tak mengizinkan di mana kandungan gula dalam darah telah meningkat ke skala 20. Untuk pengetahuan semua apabila kandungan gula dalam darah meningkat terutama pesakit diabetis maka mata akan bertambah rabun dengan peningkatan kandungan gula dalam darah. Oleh itu awasilah penyakit kencing manis ini kerana kesan besarnya ia akan membawa kepada masalah kebutaan yang dah tak boleh dirawat lagi
Rabu, 2 November 2011
Ingin berniaga, tapi tak ada modal. Jom cuba FREE TRIAL kedai online selama 14 hari. Jika berminat hubungi saya melalui e mail busanaanaummi@yahoo.com
Ahad, 30 Oktober 2011
KESAN PEMAKAIAN KANTA SENTUH 2
Corneal abrasion (Abarasi Kornea/ Lelasan Kornea)
Lelasan kornea boleh berlaku disebabkan oleh kemasukkan zarah kecil (contoh pasir, debu-debu di udara ataubenda-benda asing yang bertebangan) yang melekat/termasuk di bawah kanta sentuh. Keadaan ini amat biasa berlaku bagi pemakai kanta sentuh jenis lembut berbanding pemakai kanta sentuh jenis RGP (separa keras).Kehadiran benda asing tadi akan mengakibatkan kornea pemakai kanta sentuh terluka/tercedera/dipanggil lelasan. Rasa sakit adalah berbeza-beza seperti rasa tidak selesa ketika pakai kanta, pedih, mata berair, merah aaupun seperti ada benda dalam mata.
Lelasan kornea boleh juga berlaku kerana ia mungkin berpunca dari memakai kanta RGP dengan kecacatan pinggir (tersepih/pecah di tepi) atau kanta sentuh lembut dengan bahagian tepi yang terkoyak . Jika lelasan kornea tidak berapa dalam rawatan perubatan tidak diperlukan , Cuma pemakai perlu merehatkan diri dari memakai kanta sentu tersebut sehingga kornea pulih dengan sendiri.Tetapi jika lapisan kornea terjejas lebih dalam atau lelasan adalah di kawasan yang besar, rawatan perubatan dengan segera diperlukan( kes kecemasan ,besegeralah ke hospital)

Rabu, 26 Oktober 2011
Isnin, 26 September 2011
KESAN PEMAKAIAN KANTA SENTUH 1
KOMPLIKASI YANG BIASA DI HADAPI OLEH PEMAKAI KANTA SENTUH (CONTACT LENS)
- Giant papillary conjunctivitis (GPC)
- Corneal abrasion (LAPISAN KORNEA TERCEDERA/LUKA/PELELASAN)
- Corneal neovascularisation (PERTUMBUHAN SALUR DARAH TAK NORMAL)
- Corneal oedema (PEMBENGKAKKAN KORNEA)
- Corneal ulcer (ULSER KORNEA)
Semua jenis kanta sentuh merupakan bendasing apabila ia masuk ke dalam mata, oleh itu ia kadang-kadang akan menimbulkan masalah pada mata.Bagaimanapun komplikasi ini agak jarang berlaku dan kebanyakkan dapat diubati. Komplikasi akibat pemakaian kanta sentuh boleh dielakkan jika pengguna menggunakannya dengan betul seperti pemakaian mengikut jadual yang disarankan dan menjaga kebersihan kanta. Pengguna juga harus sentiasa memerhati tanda-tanda dan gejala amaran serius pada mata apabila ia kelihatan. Berunding ataupun berjumpalah dengan Optometris ataupun Oftalmologist dengan segera jika kelihatan mata yang merah berpanjangan, ketidakselesaan mata, penglihatan berkurangan, sensitif kepada cahaya dan terdapat pengeluaran seperti tahi mata(discaj).
Giant papillary conjunctivitis(GPC)
![]() |
GPC gambar atas sebelah kanan |
Adalah komplikasi yang paling kerap dijumpai kesan dari pemakaian kanta sentuh
Ia kelihatan seperti pembengkakkan kecil di bahagian bawah permukaan kelopak mata, terutama pada plat tarsal atas.Punca asasnya adalah kesan daripada reaksi mata/alahan kepada deposit protein(pelekatan)pada kanta, bahan kanta dan alahan kepada pencuci kanta. Walaupun ia tidak mengganggu penglihatan tetapi rasa gatal-gatal, merasakan ada benda dalam mata, rasa melekit dan terdapat discaj serta pemakaian kanta menyebabkan penurunan kadar penglihatan. Pemakaian kanta juga merasa tidak selesa apabila mengerlipkan mata. Jika ini berlaku berehatlah @ berhenti seketika pemakaian kanta sentuh dan bejumpalah dengan Optometris ataupun Oftalmologis untuk mendapatkan rawatan. Setelah sembu h bertukarlah kanta sentuh dengan lebih kerap (disposable harian)ataupun memakai kanta jenis RGP (separa keras).
Ahad, 11 September 2011
CLOTH DIAPER
DI BAWAH INI PERBANDINGAN HARGA PENGGUNAAN PAMPERS PAKAI BUANG DENGAN CLOTH DIAPERS
PELBAGAI PILIHAN CD DENGAN CORAK YANG MENARIK:
ORDER BOLEH DIBUAT MELALUI : http://busanaanaummi-pakaiankanak2.blogspot.com/p/cloth-diaper.html
atau sms 0199818094
atau pesanan terus melalui: http://busanaanaummi.edycart.com/productdetail.php?product=1736
Khamis, 8 September 2011
BEG KULIT 100% HALAL
BEG KULIT DIREKA 100% MENGGUNAKAN KULIT LEMBU DAN MEMPUNYAI SIJIL HALAL YANG DIKELUARKAN OLEH JAKIM. DI JUAL SECARA RUNCIT DAN BORONG. BERMINAT BOLEH SMS 0199818094 ATAU LAYARI DI http://busanaanaummi.edyca rt.com/
![]() |
KLIK DISINI |
![]() |
KLIK DI SINI |
Ahad, 14 Ogos 2011
Senarai Album Busana Ana Ummi
Di bawah ini adalah senarai album utuk anda rujuk terus ke blog saya:
1) JUBAH SELUAR (OFFICE WEAR)
PAGES: (A) JUBAH SELUAR K10
(B) JUBAH SELUAR NONA DAN IDAMAN
(C)TUDUNG 4 SEGI BESAR
2)JUBAH DAN ABAYA
PAGES: (A) ABAYA HITAM (RM 200 KE ATAS)
(B) ABAYA HITAM (RM 100 KE ATAS)
(C) ABAYA HITAM (BAWAH 100)
(D) JUBAH LYCRA (BAWAH 100)
3)T SHIRT MUSLIMAH DAN BLOUSE
4)PAKAIAN KANAK-KANAK
PAGES: (A) GAUN KANAK-KANAK
(B) BAJU KURUNG KANAK-KANAK
5) BORANG ORDER
(maaf butang send terlindung sedikit)
1) JUBAH SELUAR (OFFICE WEAR)
PAGES: (A) JUBAH SELUAR K10
(B) JUBAH SELUAR NONA DAN IDAMAN
(C)TUDUNG 4 SEGI BESAR
2)JUBAH DAN ABAYA
PAGES: (A) ABAYA HITAM (RM 200 KE ATAS)
(B) ABAYA HITAM (RM 100 KE ATAS)
(C) ABAYA HITAM (BAWAH 100)
(D) JUBAH LYCRA (BAWAH 100)
3)T SHIRT MUSLIMAH DAN BLOUSE
4)PAKAIAN KANAK-KANAK
PAGES: (A) GAUN KANAK-KANAK
(B) BAJU KURUNG KANAK-KANAK
5) BORANG ORDER
(maaf butang send terlindung sedikit)
Rabu, 3 Ogos 2011
KANTA SENTUH 4
Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua. Semoga dibulan berkat ini kita dapat menggandakan lagi amalan kita kerana bulan hanya datang sekali sahaja dalam setahun dan kita tidak tahu samaada tahun depan kita sempat atau tidak bertemu dengannya lagi.......
Di bawah ini ada satu rencana online yang saya ambil dari :
yang bertarikh 21 Julai 2011, Khamis, dikemaskini jam 11.03 a.m. Sekadar untuk perkongsian bersama dan sebagai panduan untuk para pengguna CL. Maaf saya terpaksa siarkan dalam bahasa Inggeris :

The Health Sciences Authority confiscated over 100 boxes of counterfeit
coloured contact lenses after raiding five optical shops across the island.
More than 10 people are also being questioned in connection to the case.
This is the first case of counterfeited health products being sold by legitimate
suppliers such as licensed optical shops. Previous cases had always been
restricted to the black market.
The counterfeits were fraudulently labelled as "FreshLook ColorBlends"
Contact Lenses from CIBA VISION and found to be unsafe and of
poor quality --- for instance, the solution in which the lenses are packed
were tested and determined to have been contaminated with a harmful
bacteria, Pseudomonas aeruginosa, which is known to cause serious eye
infections. HSA was alerted to the distribution of counterfeits by CIBA in
mid June this year, and is stepping up its surveillance activities in optical
shops. No action has been taken against any of the shops as of now as
HSA says it will wait for the conclusion of the investigation.
Investigations are still ongoing but HSA is issuing a warning advisory to
customers as these contact lenses are still in circulation, and the packaging
for the counterfeit is very similar to the actual thing. Consumers are advised
to look out for spelling errors in packaging, and to report any discomfort to
their doctors and optometrists. Any persons found supplying counterfeit medical
devices such as contact lenses are liable to a penalty of $100,000 and/or a jail
term of up to 3 years if convicted.
Please email The Straits Times if you have encountered problems with this
product. Members of the public who are aware of counterfeit health products
being sold are encouraged to contact HSA's Enforcement Branch at Tel: 68663485.

Tech and Science
HOME > BREAKING NEWS > TECH AND SCIENCE > STORY
Jul 21, 2011
Bacteria in counterfeit CIBA Vision
contact lenses
By Hoe Pei Shan

The Health Sciences Authority confiscated over 100 boxes of counterfeit coloured contact
lenses after raiding five optical shops across the island. -- ST PHOTO: ASHLEIGH SIM
The Health Sciences Authority confiscated over 100 boxes of counterfeit
coloured contact lenses after raiding five optical shops across the island.
More than 10 people are also being questioned in connection to the case.
This is the first case of counterfeited health products being sold by legitimate
suppliers such as licensed optical shops. Previous cases had always been
restricted to the black market.
The counterfeits were fraudulently labelled as "FreshLook ColorBlends"
Contact Lenses from CIBA VISION and found to be unsafe and of
poor quality --- for instance, the solution in which the lenses are packed
were tested and determined to have been contaminated with a harmful
bacteria, Pseudomonas aeruginosa, which is known to cause serious eye
infections. HSA was alerted to the distribution of counterfeits by CIBA in
mid June this year, and is stepping up its surveillance activities in optical
shops. No action has been taken against any of the shops as of now as
HSA says it will wait for the conclusion of the investigation.
Investigations are still ongoing but HSA is issuing a warning advisory to
customers as these contact lenses are still in circulation, and the packaging
for the counterfeit is very similar to the actual thing. Consumers are advised
to look out for spelling errors in packaging, and to report any discomfort to
their doctors and optometrists. Any persons found supplying counterfeit medical
devices such as contact lenses are liable to a penalty of $100,000 and/or a jail
term of up to 3 years if convicted.
Please email The Straits Times if you have encountered problems with this
product. Members of the public who are aware of counterfeit health products
being sold are encouraged to contact HSA's Enforcement Branch at Tel: 68663485.
Ahad, 31 Julai 2011
Isnin, 18 Julai 2011
KANTA SENTUH 3
KANTA SENTUH .............Assalamualaikum, kak ada jual kanta sentuh (CL) ke? Berapa harga? Ada CL warna tak? Kalau tak ada power boleh pakai ke kak? Ada seorang pelajar masuk ke kedai bertanya soalan sedemikian. Tapi soalan ni memanglah lumrah untuksetiap pelanggan yang masuk ke kedai cermin mata.
Maka jawablah staffku dengan penuh yakin dan kalau tak yakin barulah mereka bertanya padaku. Dulu memang CL ni tak simpan stok kat kedai tapi sekarang baru ada, sebabnya kesian pada pelanggan yang asyik bertanya tentang CL. Nanti di belinya dekat pasaraya entah apa-apa pula. Biasanya CL yang tidak di beli dengan pakar (Optometris- as a contact lens consultant) contohnya di pasaraya ataupun melalui internet, pelanggan tidak akan dapat khidmat nasihat yang betul dan ia akan di jual seperti jual tudung dan baju . Bila anda lebih pengetahuan tentang mata anda sendiri tidak sanggup memakainya tetapi di sebabkan trend penjualan dan pemakaiannya tetap berlaku.
Kembali kepada soalan pelajar di atas, perkara pertama yang akan di tanya balik ialah ; "Adik biasa dah ke pakai CL?". Kalau dah biasa tak apa CL boleh dijual ikut power yang dikehendaki , tapi kalau belum soalan berikut akan di tanya; " Ada gatal-gatal mata (oghe kelate panggil nyakit seduan) ke, rajin ke untuk cuci CL?". Ini kerana mereka yang ada masalah gatal-gatal pada mata atau selalu menggosok mata adalah amat tidak sesuai dengan pemakaian CL kerana tindakbalas refleks tersebut bakal mencederakan mata (kornea) secara tak sengaja. Begitu juga bagi mereka yang menghadapi masalah mata yang merah ataupun bertahi. Pemakai CL mestilah mempunyai disiplin yang tinggi kerana rutin harian pemakaian CL memerlukan penjagaan kebersihan yang tinggi di mana sebelum memakainya tangan kena betul-betul bersih dan CL perlu dibersihkan dahulu sebelum dipakai ataupun selepas memakainya. Berbanding dengan cermin mata tak perlu rutin untuk kebersihan kerana ia tidak dipakai di dalam mata. Penerangan tambahan yang biasanya diberi ialah pemakai CL tidak lepas dari cermin mata kerana ia hanya boleh dipakai paling lama 10 jam sahaja setiap hari walaupun ada syarikat pengeluar mengatakan boleh pakai lebih lama dari itu. Tapi bagi anda yang sayang kat mata ANUGERAH ALLAH NI , BERINGATLAH.......
Jika ciri-ciri di atas boleh dipatuhi maka anda mungkin sesuai untuk pakai. Peringatan untuk pemakai kanta sentuh warna, berhati-hatilah dalam proses membeli CL (terutama CL dari Korea/online kerana spesifikasinya tidak sesuai untuk mata anda), dapatkan daripada yang pakar kerana tidak rugi anda akan dapat sekali dengan khidmat nasihat. Terutamanya cara-cara nak pakai, tempoh masa, kesesuaian mata, kandungan CL (water content- tak semestinya banyak/kurang air sesuai dengan mata), penjagaan sebelum dan selepas, cara kerdipan mata, kedudukan CL dalam mata dan lain-lain lagi. Jika ingin dapat khidmat nasihat yang betul boleh datang kat premis saya ataupun jumpalah mana-mana optometris yang berdaftar.
Nanti dipost yang akan datang saya akan bercerita pula tentang penyakit-pnyakit yang berkaitan dengan CL.

Ahad, 3 Julai 2011
JUBAH SELUAR LABUH A (bawah lutut)
Jubah dari jenis THE LOOK, amat sesuai di pakai ke pejabat/bekerja, untuk pelajar, majlis formal dan juga untuk melancong. Kualiti kain dari jenis tahan lasak dan tidak perlu di gosok.
![]() |
JS 11/1269, RM 200, warna abu-abu, saiz M, ukuran baju (bahu 38cm, dada 100cm, lengan 56cm, labuh baju 114 cm) ,ukuran seluar (pinggang 74 cm, labuh seluar 105) |
![]() |
JS 11/1275 , RM 200, warna blue black , saiz M, ukuran baju (bahu 38cm, dada 98 cm, lengan 56cm, labuh baju 115 cm) ,ukuran seluar (pinggang 60 cm, labuh seluar 102) |
![]() |
gambar dekat lengan baju |
Rabu, 29 Jun 2011
KANTA SENTUH 2
SAMBUNGAN...........
Macam drama dalam tv pulak siap ada sambungan. Sebelum saya buka cerita tentang kanta sentuh ni , ada ke pembaca kat sini kena sakit mata? Kalau ada tu cepat-cepatlah dapatkan ubat kat doktor dan kalau boleh ambillah cuti kerana ia boleh berjangkit.
Saya nak sambung berkenaan CL (kanta sentuh), kalau kita dah pakai lama dah contohnya lebih dari 2/3 tahun,pernahkah buat pemeriksaan mata tengok mata tu sihat ke tidak? Pemeriksaan selepas (after care) untuk pemakai CL boleh di buat kat Optometris yang berdaftar . Periksalah mata anada kerana biasanya orang yang pakai CL terlalu lama kesan sampingannya akan terdapat satu pertumbuhan salur darah yang baru dekat mata putih (conjuntiva) menghala ke mata hitam (iris). Kalau makin banyak salur darah yang halus ini ia adalah satu keadaan tak normal pada mata . Ia akan kelihatan merah pada mata putih dan jika dibiarkan ia akan memudaratkan mata hitam dan menguasainya serta boleh bawa kepada risiko kebutaan..........
Salur darah baru yang tumbuh ni disebabkan oleh kornea yang jernih tu ditutupi oleh CL. Ia juga bernafas jadi bila kita pakai CL ia akan halang kornea tu bernafas jadi macam orang jugalah kalau kita tutup hidung maka tak boleh bernafasleh kita. Pembentukan salur darah yang tak normal ni sebenarnya bertujuan untuk bekalkan oksigen pada matalah. Itu satu perkara, satu lagi kalau kita ada gatal-gatal mata, sering merah, kalau berkelip tak cukup penuh anda adalah orang yang berisiko tinggi jika pakai CL. Pemakaian CL ni kena ada disiplin yang tinggi dalam kebersihan terutamanya ketika pakai dan buang CL.
JANGAN SEKALI-KALI pakai kanta sentuh dalam tandas kerana di situlah tempatnya perkumpulan/gangster-gangster kuman/bakteria. Ingatlah mata itu organ manusia yang paling sensitif kat badan..........

Ahad, 5 Jun 2011
Kanta Sentuh
Dah lama rasanya tak update blog ni rasanya dah banyak sangat sawangnya. Takpelah ni baru rasa tenang sikit baru boleh nak mengarang sikit. Kalau tak ada mood susah juga idea nak keluar habis semuanya terbang.
Ok lah kita terus pada topik yang hendak di perkatakan iaitu "kanta sentuh". Apa itu kanta sentuh? rasanya semua orang dah tahu tentangnya walaupun orang tersebut tidak pakai cermin mata sekalipun. Sekarang ni pemakaian kanta sentuh dah jadi 'trend' orang muda pula ,dah setaraf macam pakai mekap, baju, beg dan aksesori lain.Ramainya adalah wanita dan kanta sentuh yang paling glamour sekali ialah yang berwarna dan jenis pakai buang. Warna apa yang paling 'hot' kat pasaran sekarang ni, kalau tak silap saya tentulah 'hazel'.
Sebelum saya pergi lebih jauh tentang kanta sentuh ni, baik saya ceritakan dulu tentang mata kita kerana ia amat berkait rapat dengan kanta sentuh (CL). Bahagian mata yang paling luar sekali di panggil kornea, kawasan kornea inilah yang akan bersentuhan dengan CL apabila kita memakainya. Kalau nak tahu kornea ni adalah kawasan paling sensitif di badan kita. Masuk je habuk kat dalam mata terus kita berkelip-kelip (tindakan automatik mata) untuk buang benda asing dalam mata. Jadi apabila kita pakai CL kanta dalam mata tu rasa sensitif masuk habuk tu dah tak dapat di rasai lagi kerana telah dikurangkan oleh CL. Dah berkurang satu nikmat ALlah.
Keduanya tentang kornea ni, ia adalah satu lapisan jernih kat depan mata kita dan melaluinya kita dapat lihat mata hitam (iris) dan anak mata. Kornea ini sifat sebenarnya adalah ia boleh bernafas dan kandungan airnya adalah tinggi, jadi dengan pemakaian CL ia telah halang sifat sebenar kornea untuk bernafas. Oleh itu berhati-hatilah wahai pemakai CL, pakailah ikut prosedur yang betul terutamanya mengenai tempoh pemakaian janganlah lebih dari 10 jam sehari, nak terlelap sekejap pun ken buka CL tersebut sebab kesannya adalah jangkamasa panjang dan bila dah kena boleh akibatkan buta............
(bersambung)
Boleh baca juga tentangKANTA LEKAP MURAH

Jumaat, 3 Jun 2011
Rabu, 27 April 2011
Katarak 2
......(sambungan). sememangnya mereka yang ada katarak dalam mata ni harapan untuk pulih tu memang ada terutamanya melalui pembedahan dengan penggantian kanta/manik yang baru di dalam mata.
" Tapi mek!, rama doh oghe royak ko pokcik lepas buat mata makin tok napok, lagumana tu?", tanya pakcik tu sebelum keluar." sebenarnya gini pokcik, kalau tak ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, stroke , buah pinggang dan lain-lain (penyakit ni libatkan kerosakan saraf mata ), kejayaan untuk lihat semula adalah tinggi. tapi biasalah orangbila dengar satu kegagalan dari 10 kejayaan masih yakin kepada kegagalan itu." "Selaput ini terjadi biasanya kerana proses penuaan /peningkatan umur, sama juga seperti kulit berkedut, bongkok dan lain2. Kebiasaannya ia dikaitkan dengan penyakit, keturunan, pendedahan kepada matahari(sinar UV), kurang minum air dan banyak lagi. Dibawah ini saya ingi kongsikan gambar katarak yang biasa dihidapi oleh ramai warga emas
Jenis-jenis katarak ni boleh dilihat pada gambar, biasanya jenis "mature cataract" yang boleh membawa kepada kebutaan. Tetapi jenis ini jika tak ada kerosakan saraf kat retina selepas pembedahab penukaran kanta IOL, InsyaALlah untuk melihat balik adalah tinggi. Pembedahan mata akan di buat sebelah mata sahaja ikut kesesuaian pesakit. Manakala katarak daru jenis yang lain pesakit biasanya tiada masalah sangat dalam penglihatan cuma perlu pemakaian cerminmata dan bila katarak dah terlalu tebal baru buat pembedahan.

Ahad, 24 April 2011
Jubah Sofy
![]() |
J 9/189, warna oren, Saiz M (bahu 39cm, dada 49cm, lengan 56cm, labuh 142cm), RM 189 |
![]() |
J 9/191, Warna biru, saiz S (bahu 38cm, dada 46cm, lengan53cm, labuh 142 cm),RM 189 |
![]() |
J 9/192, Warna Ungu, saiz L (bahu 39cm, dada 52cm, lengan 55cm, labuh 142 cm), RM189 |
Selasa, 19 April 2011
Katarak (Selaput Mata)
............."Assalamualaikum, ada orang ke kat dalam kedai ni? .......... ada seorang pakcik masuk dalam kedai sambil berjalan perlahan dan di pimpin oleh anaknya. "Waalaikumussalam, boleh kami bantu pakcik, ada apa masalah ke?, seorang dari staff menjawab. "pakcik nok buat spek mato lamo doh tok napok, gi spital doktor tak bui buat spek jadipokcik mari sini kut bulih buat.".......
Itu sekadar perbualan biasa patient/pelanggan yang masuk ke kedai ku terutama yang dah berumur dan umur biasanya 60tahun ke atas. Sebenarnya bila ku lihat je sorang pakcik/makcik melangkah ke dalam kedai/klinikku ni berpimpin seperti tadi ku boleh agak apa masalahnya (berdasarkan pengalaman dan pemerhatian). Bila di buat pemeriksaan terutama autorefractor canon (kat premisku ni -dari jenis boleh scan katarak), sah lah pakcik tadi ada katarak.
Katarak- bila kita lihat pada mata secara luaran x perasan apa-apa tapi cuba perhati betul2 kat anak matanya pasti tidak berapa hitam dan jika kelihatan mata tu dah putih memanglah kataraknya dah tebal.
"Maaflah pokcik kita x leh nak buat gapo dah dengan mata ni kena gi pisah kat sepital, kalau buat spek buat rugi jah". (bersambung)

Isnin, 11 April 2011
Jubah 2 Lapis
Khamis, 31 Mac 2011
Rabu, 30 Mac 2011
Mata juling 2 (squint)
Mata oh mata.......kalau tanya kat ramai orang sayang ke tidak mata anda? Mesti jawab SAYANG........., tapi jawapan sayang tu hanya pada mulut sahaja hakikat sebenarnya adalah sebaliknya. Ada seorang ibu tu bawalah anak ke klinik untuk buat pemeriksaan mata, anaknya baru 7 tahun mengadu tengok tv dekat, menulis huruf terbalik dan masa menulis tengok kat kertas bukan main rapat seperti nak cium kertas/buku.Bila ku tengok muka si ibu rasa macam pernah jumpa je, ye la tapi kat mana ya! Tak pelah kita tinggalkan dulu.
Pemeriksaan mata pun di buat...............keputusannya mata kanak2 tersebut memang kena pakai spek(cermin mata) dan di dapati bermasalah squint pada sebelah mata. Nak sebut anaknya bermata juling ni adalah satu fobia bagi kebanyakkan ibubapa mereka tak dapat terima hakikat. Macamana nak cakap ye: kak mata anak kak ada keluar sikit daripada alignment yang tu lah bermasalah masa menulis dan membaca x boleh lama, kena pakai spek dan perlu buat exercise mata!..............Si ibu pun jawablah "sebenarnya anak saya ni kena sentiasa jumpa pakar mata kat Kedah (datang cek mata kat kedai ketika cuti sekolah) sentiasa ada appointment tapi akak tak pergi, bapanya pila sibuk tok de. Kak banyak kali dah mari cek mata sini tapi tak pernah buat sekadar cek saja".
Patutlah rasanya pernah jumpa, staff ku cakap itu kali ke 6 datang cek mata dan dapat khidmat nasihat. Rupa-rupanya nasihatku selama ini sekadar masuk telinga kanan keluar kut telinga kiri dah lah tu temujanji dgn pakarpun diabaikan. .............sekarang mata anak dah teruk barulah nak paakaikan spek. (dulu takut anak pakai spek takut power bertambah.............sebenarnya power spek kebanyakkan bertambah bila tak pakai-ia akan naik dalam kuantiti yang banyak, kalau pakai sokmo- power naik juga tapi dalam kuantiti sedikit).
Penyelesaiannya, ku bertegas tiada lain kali dah kena buat spek pakai sokmo kecuali tidur dan mandi. Kena buat terapi mata (exercise) kat klinikku dan datang tepat pada masa yang dijanjikan kalau tidak tahap kejulingan matanya akan makin besar dan hanya satu mata sahaja yang berfungsi yang satu lagi akan jadi ambliopia (lazy Eye).Sebenarnya tahap kejulingan masih boleh dikawal untuk mereka yang di bawah 15 tahun dengan syarat pemakaian crmin mata dan menjalani terapi mata dengan optometris.