KLIK DI SINI :JUBAH SAUDI
KLIK DI SINI JUBAH DUBAI
BERMINAT UNTUK TAMBAH PENDAPATAN? BOLEH SERTAI KAMI SEBAGAI AGEN DROPSHIP , BOLEH BACA NOTA INI : AGEN DROPSHIP
Sabtu, 23 Jun 2012
Selasa, 24 April 2012
PTOSIS (KELOPAK MATA JATUH)
PTOSIS (KELOPAK MATA JATUH)
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini, maaf lama dah tak update blog, maklumlah tak berapa sihat.......tambahan line internet kat rumah pun tak berapa sihat juga sekejap ada sekejap tak ada macam biskut chipsmore pula. (begitulah nasib bila guna broadband kat kawasan kampung ni, klu guna Wifi tm, wayar asyik kena curi pulak). Tinggal beberapa hari lagi saya nak habis pantang, jawabnya kena masuk kerja baliklah selepas lama berehat kat rumah.
Post terbaru kali ni nak bercerita tentang ptosis. Ptosis ni boleh berlaku sebelah mata @ kedua-dua belah mata. Kesannya jika tak dirawat akan menyebabkan simptom mata malas terutama kanak-kanak, manakala orang dewasa akan mengganggu penglihatan seperti kita letak langsir separuh kat tingkap sebelah atas dan sekadar boleh lihat pada kawasan bawah tingkap sahaja. Contoh ptosis seperti gambar di bawah:
PTOSIS - membawa maksud kelopak mata jatuh hingga menutupi sebahagian mata. Biasanya terjadi akibat kemalangan, kelemahan otot yang pegang kelopak mata untuk buka mata ataupun lahir dengan ptosis (kongenital). Boleh berlaku sebelah atau kedua belah mata. Mata kelihatan seperti tak mahu celik. Salah satu sebab lagi ialah kerosakkan pada saraf yang kawal otot mata dan juga kulit kelopak mata yang kendur.
Oleh itu jika terdapat dikalangan ahli keluarga yang bermasalah seperti di atas segeralah dirujukkan kepada pakar mata kerana keadaan ini merupakan sesuatu yang tidak normal. Lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak kerana ia akan mengganggu proses tumbesaran dan tahap penglihatan kanak-kanak tersebut. Proses pemulihan boleh dilakukan dari peringkat awal dengan melalui terapi penglihatan dan pembedahan.
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini, maaf lama dah tak update blog, maklumlah tak berapa sihat.......tambahan line internet kat rumah pun tak berapa sihat juga sekejap ada sekejap tak ada macam biskut chipsmore pula. (begitulah nasib bila guna broadband kat kawasan kampung ni, klu guna Wifi tm, wayar asyik kena curi pulak). Tinggal beberapa hari lagi saya nak habis pantang, jawabnya kena masuk kerja baliklah selepas lama berehat kat rumah.
Post terbaru kali ni nak bercerita tentang ptosis. Ptosis ni boleh berlaku sebelah mata @ kedua-dua belah mata. Kesannya jika tak dirawat akan menyebabkan simptom mata malas terutama kanak-kanak, manakala orang dewasa akan mengganggu penglihatan seperti kita letak langsir separuh kat tingkap sebelah atas dan sekadar boleh lihat pada kawasan bawah tingkap sahaja. Contoh ptosis seperti gambar di bawah:
PTOSIS SEBELAH MATA |
PTOSIS KEDUA-DUA BELAH MATA |
Oleh itu jika terdapat dikalangan ahli keluarga yang bermasalah seperti di atas segeralah dirujukkan kepada pakar mata kerana keadaan ini merupakan sesuatu yang tidak normal. Lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak kerana ia akan mengganggu proses tumbesaran dan tahap penglihatan kanak-kanak tersebut. Proses pemulihan boleh dilakukan dari peringkat awal dengan melalui terapi penglihatan dan pembedahan.
Khamis, 19 April 2012
Ipad/ Y-pad for Kids Learning (ready stock)
Ipad For Kids Learning (ready stock)
Ipad For Kids Learning (ready stock)
warna putih
RM 29.90
(Tak termasuk pos)
Tekan aje akan berbunyi perkataan/huruf. Ada muzik & gambar yang mudah & menarik minat anak untuk belajar. Anak-anak pun cepat boleh mengenal huruf & menghafal. sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
ini link video http://www.facebook.com/ photo.php?v=101507343956031 28
Stok Terhad
untuk order boleh pm, email ke busanaanaummi@yahoo.com, atau sms 0199818094
klik link ini untuk video
Ipad For Kids Learning (ready stock)
warna putih
RM 29.90
(Tak termasuk pos)
Tekan aje akan berbunyi perkataan/huruf. Ada muzik & gambar yang mudah & menarik minat anak untuk belajar. Anak-anak pun cepat boleh mengenal huruf & menghafal. sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
Pada zaman serba pantas ini, alat
mainan yang serba canggih di pasaran menjadi kegilaan kanak-kanak untuk menjana
daya pemikiran kritis dan kreatif semasa umur mereka masih muda lagi. Teknologi
dan pendidikan tidak dapat dipisahkan terutamanya apabila menyentuh pendidikan
awal kanak-kanak.
Terbaru, Y-Pad atau Ypad
merupakan mainan elektronik yang menyerupai Ipad. Ia sesuai untuk dijadikan
mainan anak-anak, melatih mereka mengenal huruf dan sebagainya. Pelbagai fungsi
menarik ada dalam Y-Pad ini dan semestinya akan menarik perhatian dan tumpuan
kanak-kanak terhadapnya.
ini link video http://www.facebook.com/
Stok Terhad
untuk order boleh pm, email ke busanaanaummi@yahoo.com, atau sms 0199818094
klik link ini untuk video
Khamis, 8 Disember 2011
Mula Bisnes Milik Anda ... PERCUMA ... Rebut Peluang Ini ...
Mula Bisnes Milik Anda ... PERCUMA ... Rebut Peluang Ini ...
KLIK LINK INI :http://edymart.com/daftar-pengedar/hop.php?ref=AnaUmmi
Sabtu, 3 Disember 2011
MATA DAN KENCING MANIS (DIABETIS)
Assalamualaikum kepada yang baru menjenguk ataupun bertandang kat blog ini. maaf lama dah tak update bab mata ni sibuk duk uruskan fb pages. tak terkejar rasanya.
Bercerita bab mata, semua manusia yang sempurna dianugerahkan ALLAH sepasang mata yang cantik . Daripada pandangan mata itulah bermulanya kehidupan manusia untuk melihat alam ciptaan ALLAH ini.Mata juga perlu dijaga kerana bila kita sudah kehilangannya maka dah tak ada galang gantinya. Walaupun kita diberi mata palsu tetapi ia hanya sekadar hiasan dan manusia tak dapat melihat menerusinya. Nikmat kurniaan mata daripada ALLAH ini tak dapat ditukar ganti seperti kita memakai kaki palsu, gigi palsu ataupun rambut palsu. Bila dah kehilangannya , maka dunia kita akan menjadi gelap. Oleh itu marilah kita menjaga mata Anugerah Penglihatan Yang paling besar.
Penyakit kencing manis adalah satu penyakit yang membawa kesan yang besar kepada mata. 2/3 minggu lepas ada sepasang suami isteri datang berkunjung ke premis ku. Si isteri ingin menjalani pemeriksaan mata kerana sudah tak dapat melihat orang @ benda dengan jelas. Sesudah maklumat pesakit tersebut diisi, maka pemeriksaan mata dijalankan. Macam biasa sejarah (history) penyakit diambil. beliau menyatakan mata sebelah kiri dah tak nampak apa-apa dah, undermedication ubat stroke dan darah tinggi. Bila ku tanya tentang kencing manis dijawabnya ok lagi dengan ukuran pada skala 7. Pemeriksaan VA sebelum didapati RE <6/60 dan LE npl (no perception of light). VA dengan RX pula RE 6/24 dan LE balance. Semasa datang beliau berjalan seperti biasa tak perlu dipimpin.. Sesudah periksa mata, beliau disarankan untuk membuat cerminmata jauh dan dekat kerana hasil dari pemeriksaan mata ada perbezaan dengan memakai cermin mata. Maka cerminmata pun ditempah.
Al kisahnya setelah seminggu kemudian cerminmata yang ditempah pun siaplah. Si isteri tadi datang bersama suaminya untuk mendapatkan cerminmatanya, tetapi kali ini beliau datang berpimpin dengan suami (perlu bantuan untuk berjalan) kerana keadaan matanya yang bertambah teruk.Sahlah beliau tak dapat pakai cermin mata yang dibuat kerana keadaan kesihatannya yang tak mengizinkan di mana kandungan gula dalam darah telah meningkat ke skala 20. Untuk pengetahuan semua apabila kandungan gula dalam darah meningkat terutama pesakit diabetis maka mata akan bertambah rabun dengan peningkatan kandungan gula dalam darah. Oleh itu awasilah penyakit kencing manis ini kerana kesan besarnya ia akan membawa kepada masalah kebutaan yang dah tak boleh dirawat lagi
Rabu, 2 November 2011
Ingin berniaga, tapi tak ada modal. Jom cuba FREE TRIAL kedai online selama 14 hari. Jika berminat hubungi saya melalui e mail busanaanaummi@yahoo.com
Ahad, 30 Oktober 2011
KESAN PEMAKAIAN KANTA SENTUH 2
Corneal abrasion (Abarasi Kornea/ Lelasan Kornea)
Lelasan kornea boleh berlaku disebabkan oleh kemasukkan zarah kecil (contoh pasir, debu-debu di udara ataubenda-benda asing yang bertebangan) yang melekat/termasuk di bawah kanta sentuh. Keadaan ini amat biasa berlaku bagi pemakai kanta sentuh jenis lembut berbanding pemakai kanta sentuh jenis RGP (separa keras).Kehadiran benda asing tadi akan mengakibatkan kornea pemakai kanta sentuh terluka/tercedera/dipanggil lelasan. Rasa sakit adalah berbeza-beza seperti rasa tidak selesa ketika pakai kanta, pedih, mata berair, merah aaupun seperti ada benda dalam mata.
Lelasan kornea boleh juga berlaku kerana ia mungkin berpunca dari memakai kanta RGP dengan kecacatan pinggir (tersepih/pecah di tepi) atau kanta sentuh lembut dengan bahagian tepi yang terkoyak . Jika lelasan kornea tidak berapa dalam rawatan perubatan tidak diperlukan , Cuma pemakai perlu merehatkan diri dari memakai kanta sentu tersebut sehingga kornea pulih dengan sendiri.Tetapi jika lapisan kornea terjejas lebih dalam atau lelasan adalah di kawasan yang besar, rawatan perubatan dengan segera diperlukan( kes kecemasan ,besegeralah ke hospital)