Lelasan kornea boleh berlaku disebabkan oleh kemasukkan zarah kecil (contoh pasir, debu-debu di udara ataubenda-benda asing yang bertebangan) yang melekat/termasuk di bawah kanta sentuh. Keadaan ini amat biasa berlaku bagi pemakai kanta sentuh jenis lembut berbanding pemakai kanta sentuh jenis RGP (separa keras).Kehadiran benda asing tadi akan mengakibatkan kornea pemakai kanta sentuh terluka/tercedera/dipanggil lelasan. Rasa sakit adalah berbeza-beza seperti rasa tidak selesa ketika pakai kanta, pedih, mata berair, merah aaupun seperti ada benda dalam mata.
Lelasan kornea boleh juga berlaku kerana ia mungkin berpunca dari memakai kanta RGP dengan kecacatan pinggir (tersepih/pecah di tepi) atau kanta sentuh lembut dengan bahagian tepi yang terkoyak . Jika lelasan kornea tidak berapa dalam rawatan perubatan tidak diperlukan , Cuma pemakai perlu merehatkan diri dari memakai kanta sentu tersebut sehingga kornea pulih dengan sendiri.Tetapi jika lapisan kornea terjejas lebih dalam atau lelasan adalah di kawasan yang besar, rawatan perubatan dengan segera diperlukan( kes kecemasan ,besegeralah ke hospital)