Ahad, 31 Julai 2011
Isnin, 18 Julai 2011
KANTA SENTUH 3
KANTA SENTUH .............Assalamualaikum, kak ada jual kanta sentuh (CL) ke? Berapa harga? Ada CL warna tak? Kalau tak ada power boleh pakai ke kak? Ada seorang pelajar masuk ke kedai bertanya soalan sedemikian. Tapi soalan ni memanglah lumrah untuksetiap pelanggan yang masuk ke kedai cermin mata.
Maka jawablah staffku dengan penuh yakin dan kalau tak yakin barulah mereka bertanya padaku. Dulu memang CL ni tak simpan stok kat kedai tapi sekarang baru ada, sebabnya kesian pada pelanggan yang asyik bertanya tentang CL. Nanti di belinya dekat pasaraya entah apa-apa pula. Biasanya CL yang tidak di beli dengan pakar (Optometris- as a contact lens consultant) contohnya di pasaraya ataupun melalui internet, pelanggan tidak akan dapat khidmat nasihat yang betul dan ia akan di jual seperti jual tudung dan baju . Bila anda lebih pengetahuan tentang mata anda sendiri tidak sanggup memakainya tetapi di sebabkan trend penjualan dan pemakaiannya tetap berlaku.
Kembali kepada soalan pelajar di atas, perkara pertama yang akan di tanya balik ialah ; "Adik biasa dah ke pakai CL?". Kalau dah biasa tak apa CL boleh dijual ikut power yang dikehendaki , tapi kalau belum soalan berikut akan di tanya; " Ada gatal-gatal mata (oghe kelate panggil nyakit seduan) ke, rajin ke untuk cuci CL?". Ini kerana mereka yang ada masalah gatal-gatal pada mata atau selalu menggosok mata adalah amat tidak sesuai dengan pemakaian CL kerana tindakbalas refleks tersebut bakal mencederakan mata (kornea) secara tak sengaja. Begitu juga bagi mereka yang menghadapi masalah mata yang merah ataupun bertahi. Pemakai CL mestilah mempunyai disiplin yang tinggi kerana rutin harian pemakaian CL memerlukan penjagaan kebersihan yang tinggi di mana sebelum memakainya tangan kena betul-betul bersih dan CL perlu dibersihkan dahulu sebelum dipakai ataupun selepas memakainya. Berbanding dengan cermin mata tak perlu rutin untuk kebersihan kerana ia tidak dipakai di dalam mata. Penerangan tambahan yang biasanya diberi ialah pemakai CL tidak lepas dari cermin mata kerana ia hanya boleh dipakai paling lama 10 jam sahaja setiap hari walaupun ada syarikat pengeluar mengatakan boleh pakai lebih lama dari itu. Tapi bagi anda yang sayang kat mata ANUGERAH ALLAH NI , BERINGATLAH.......
Jika ciri-ciri di atas boleh dipatuhi maka anda mungkin sesuai untuk pakai. Peringatan untuk pemakai kanta sentuh warna, berhati-hatilah dalam proses membeli CL (terutama CL dari Korea/online kerana spesifikasinya tidak sesuai untuk mata anda), dapatkan daripada yang pakar kerana tidak rugi anda akan dapat sekali dengan khidmat nasihat. Terutamanya cara-cara nak pakai, tempoh masa, kesesuaian mata, kandungan CL (water content- tak semestinya banyak/kurang air sesuai dengan mata), penjagaan sebelum dan selepas, cara kerdipan mata, kedudukan CL dalam mata dan lain-lain lagi. Jika ingin dapat khidmat nasihat yang betul boleh datang kat premis saya ataupun jumpalah mana-mana optometris yang berdaftar.
Nanti dipost yang akan datang saya akan bercerita pula tentang penyakit-pnyakit yang berkaitan dengan CL.

Ahad, 3 Julai 2011
JUBAH SELUAR LABUH A (bawah lutut)
Jubah dari jenis THE LOOK, amat sesuai di pakai ke pejabat/bekerja, untuk pelajar, majlis formal dan juga untuk melancong. Kualiti kain dari jenis tahan lasak dan tidak perlu di gosok.
JS 11/1269, RM 200, warna abu-abu, saiz M, ukuran baju (bahu 38cm, dada 100cm, lengan 56cm, labuh baju 114 cm) ,ukuran seluar (pinggang 74 cm, labuh seluar 105) |
JS 11/1275 , RM 200, warna blue black , saiz M, ukuran baju (bahu 38cm, dada 98 cm, lengan 56cm, labuh baju 115 cm) ,ukuran seluar (pinggang 60 cm, labuh seluar 102) |
gambar dekat lengan baju |