Apabila di sebut juling ia membawa maksud bahawa kedudukan anak mata hitam bila melihat ke hadapan akan berada ke arah dalam atau keluar dari hidung. Dalam 2/3 hari lepas ada seorang pelanggan datang buat pemeriksaan mata anaknya dan didapati kuasa kanta mata anaknya memang tinggi, patutlah cikgu asyik mengadu bahawa pelajar sekolah terbabit selalu tak dapat siapkan kerja sekolah.Selalu tengok televisyen dekat-dekat dan satu lagi selalu sakit kepala.
Abangnya pula sudah buat cermin mata tapi tak mahu pakai, masalahnya pemeriksaan mata tidak di buat dengan Optometris tetapi sekadar optician sahaja, menyebabkan masalah yang di hadapi tak akan selesai. Pemeriksaan mata dibuat ke atas si abang dan didapati kuasa kanta matanya adlah berlawanan di antara satu sama lain di mana sebelah kanan (rx -2.00ds) dan kiri (+2.00ds). Kuasa kanta sedemikian adalah kerana dia menghadapi masalah juling di mana mata sebelah kiri berada/teralih ke arah keluar dari hidung (eksotropia). Pembetulan perlu dibuat dengan membuat cerminmata yang baru supaya fokus mata sebelah kiri berada lebih tepat apabila ia melihat kehadapan. Keadaan ini juga dapat memgurangkan tahap kejulingan matanya. Jika tahap julingnya besar pembedahan di hospital dapat dilakukan.