BUSANA ANA UMMI

SELAMAT DATANG

Busana Ana Ummi
Menjalankan perniagaan secara "offline" dan "online". Menjual koleksi pakaian kanak-kanak seperti jubah dan gaun serta terdapat juga tudung untuk kanak-kanak. Kami juga menjual koleksi pakaian untuk wanita muslimah seperti jubah, jubah seluar, jubah kain, baju kurung moden dan tradisional, blouse labuh, t shirt muslimah dan tudung terkini


Mula beoperasi pada 15 JUN 2009
KT0260931-X (daftar Niaga)
Beoperasi di No:2, Tingkat Bawah, Wisma MDT, 16250, Wakaf Bharu, Kelantan
Jika ada yang betul-betul berminat untuk membeli koleksi pakaian ini boleh sms saya di 0199818094 ataupun e mail ke busanaanaummi@yahoo.com.
Pembayaran boleh dibuat melalui MAYBANK2U @ Paypal

PAKAR PROMOSI

BINA KEDAI ONLINE

ISIKAN EMAIL ANDA DI BAWAH UNTUK DAPATKAN DISKAUN BAGI BARANGAN RUNCIT DAN BORONG .

Nama: Email:

Khamis, 8 Disember 2011

Mula Bisnes Milik Anda ... PERCUMA ... Rebut Peluang Ini ...

Mula Bisnes Milik Anda ... PERCUMA ... Rebut Peluang Ini ...

KLIK LINK INI :http://edymart.com/daftar-pengedar/hop.php?ref=AnaUmmi

Sabtu, 3 Disember 2011

MATA DAN KENCING MANIS (DIABETIS)

                  Assalamualaikum kepada yang baru menjenguk ataupun bertandang kat blog ini. maaf lama dah tak update bab mata ni sibuk duk uruskan fb pages. tak terkejar rasanya. 
                  
                 Bercerita bab mata, semua manusia yang sempurna dianugerahkan ALLAH sepasang mata yang cantik . Daripada pandangan mata itulah bermulanya kehidupan manusia untuk melihat alam ciptaan ALLAH ini.Mata juga perlu dijaga kerana bila kita sudah kehilangannya maka dah tak ada galang gantinya. Walaupun kita diberi mata palsu tetapi ia hanya sekadar hiasan dan manusia tak dapat melihat menerusinya. Nikmat kurniaan mata daripada ALLAH ini tak dapat ditukar ganti seperti kita memakai kaki palsu, gigi palsu ataupun rambut palsu. Bila dah kehilangannya , maka dunia kita akan menjadi gelap. Oleh itu marilah kita menjaga mata Anugerah Penglihatan Yang paling besar.

                 Penyakit kencing manis adalah satu penyakit yang membawa kesan yang besar kepada mata. 2/3 minggu lepas ada sepasang suami isteri datang berkunjung ke premis ku. Si  isteri ingin menjalani pemeriksaan mata kerana sudah tak dapat melihat orang @ benda dengan jelas. Sesudah maklumat pesakit tersebut  diisi, maka pemeriksaan mata dijalankan. Macam biasa sejarah (history) penyakit diambil. beliau menyatakan mata sebelah kiri dah tak nampak apa-apa dah, undermedication ubat stroke  dan darah tinggi. Bila ku tanya tentang kencing manis dijawabnya ok lagi dengan ukuran pada skala 7. Pemeriksaan VA sebelum didapati RE <6/60 dan LE npl (no perception of light). VA dengan RX pula  RE 6/24 dan LE balance. Semasa datang   beliau berjalan seperti biasa tak perlu dipimpin.. Sesudah periksa mata, beliau disarankan untuk membuat cerminmata jauh dan dekat kerana hasil dari pemeriksaan mata ada perbezaan dengan memakai cermin mata. Maka cerminmata pun ditempah.

                 Al kisahnya setelah seminggu kemudian cerminmata yang ditempah pun siaplah. Si isteri tadi datang bersama suaminya untuk mendapatkan cerminmatanya, tetapi kali ini beliau datang berpimpin dengan suami (perlu bantuan untuk berjalan) kerana keadaan matanya yang bertambah teruk.Sahlah beliau tak dapat pakai cermin mata yang dibuat kerana keadaan kesihatannya yang tak mengizinkan di mana kandungan gula dalam darah telah meningkat ke skala 20. Untuk pengetahuan semua apabila kandungan gula dalam darah meningkat terutama pesakit diabetis maka mata akan bertambah rabun dengan peningkatan kandungan gula dalam darah. Oleh itu awasilah penyakit kencing manis ini kerana kesan besarnya ia akan membawa kepada masalah kebutaan yang dah tak boleh dirawat lagi
                 

Rabu, 2 November 2011

Ingin berniaga, tapi tak ada modal. Jom cuba FREE TRIAL kedai online selama 14 hari. Jika berminat hubungi saya melalui e mail busanaanaummi@yahoo.com

Ahad, 30 Oktober 2011

KESAN PEMAKAIAN KANTA SENTUH 2

Corneal abrasion (Abarasi Kornea/ Lelasan Kornea)








Lelasan kornea boleh berlaku disebabkan oleh kemasukkan  zarah kecil (contoh pasir, debu-debu di udara ataubenda-benda asing yang bertebangan) yang melekat/termasuk di bawah kanta sentuh. Keadaan ini amat biasa berlaku bagi pemakai kanta sentuh jenis lembut berbanding pemakai kanta sentuh jenis RGP (separa keras).Kehadiran benda asing tadi akan mengakibatkan kornea pemakai kanta sentuh terluka/tercedera/dipanggil lelasan. Rasa sakit adalah berbeza-beza seperti rasa tidak selesa ketika pakai kanta, pedih, mata berair, merah aaupun seperti ada benda dalam mata.
Lelasan kornea boleh juga berlaku kerana ia mungkin berpunca dari memakai kanta RGP dengan kecacatan pinggir (tersepih/pecah di tepi) atau kanta sentuh lembut dengan bahagian tepi yang terkoyak . Jika lelasan kornea tidak berapa dalam rawatan perubatan tidak diperlukan , Cuma pemakai perlu merehatkan diri dari memakai kanta sentu tersebut sehingga kornea pulih dengan sendiri.Tetapi jika  lapisan kornea terjejas lebih dalam atau lelasan adalah di kawasan yang besar, rawatan perubatan dengan segera diperlukan( kes kecemasan ,besegeralah ke hospital)

Rabu, 26 Oktober 2011

KOLEKSI JUBAH (RM 100 - RM 200)

KLIK DISINI UNTUK ALBUM

                                                      KLIK DI SINI UNTUK ALBUM

Isnin, 26 September 2011

KESAN PEMAKAIAN KANTA SENTUH 1

KOMPLIKASI YANG BIASA DI HADAPI OLEH PEMAKAI KANTA SENTUH (CONTACT LENS)


Semua jenis kanta sentuh merupakan bendasing apabila ia masuk ke dalam mata, oleh itu ia kadang-kadang akan menimbulkan masalah pada mata.Bagaimanapun komplikasi ini agak jarang berlaku dan kebanyakkan dapat diubati. Komplikasi akibat pemakaian kanta sentuh boleh dielakkan jika pengguna menggunakannya dengan betul seperti pemakaian mengikut jadual yang disarankan dan menjaga kebersihan kanta. Pengguna juga harus sentiasa memerhati tanda-tanda dan gejala amaran serius pada mata apabila ia kelihatan. Berunding ataupun berjumpalah dengan Optometris ataupun Oftalmologist dengan segera jika kelihatan mata yang merah berpanjangan, ketidakselesaan mata, penglihatan berkurangan, sensitif kepada cahaya dan terdapat pengeluaran seperti tahi mata(discaj).

Giant papillary conjunctivitis(GPC) 


GPC gambar atas sebelah kanan

Adalah komplikasi yang paling kerap dijumpai kesan dari pemakaian kanta sentuh
Ia kelihatan seperti pembengkakkan kecil di bahagian bawah permukaan kelopak mata, terutama pada plat tarsal atas.Punca asasnya adalah kesan daripada reaksi mata/alahan kepada deposit protein(pelekatan)pada kanta, bahan kanta dan alahan kepada pencuci kanta. Walaupun ia tidak mengganggu penglihatan tetapi rasa gatal-gatal, merasakan ada benda dalam mata, rasa melekit dan terdapat discaj serta pemakaian kanta menyebabkan penurunan kadar penglihatan. Pemakaian kanta juga merasa tidak selesa apabila mengerlipkan mata. Jika ini berlaku berehatlah @ berhenti seketika pemakaian kanta sentuh dan bejumpalah dengan Optometris ataupun Oftalmologis untuk mendapatkan rawatan. Setelah sembu h bertukarlah kanta sentuh dengan lebih kerap (disposable harian)ataupun memakai kanta jenis RGP (separa keras).


Ahad, 11 September 2011

CLOTH DIAPER


DI BAWAH INI PERBANDINGAN HARGA PENGGUNAAN PAMPERS PAKAI BUANG DENGAN CLOTH DIAPERS


PELBAGAI PILIHAN CD DENGAN CORAK YANG MENARIK:

atau sms 0199818094


http://busanaanaummi.edycart.com/productdetail.php?product=1736