sambungan.........
Seminggu selepas itu kanak2 yang bermasalah dengan mata tadi datang untuk ambil spek(cermin mata), betapa gembiranya dia seperti baru melihat betapa indahnya dunia ini.
Mereka yang mengalami masalah rabun sebenarnya melihat dunia dari pandangan mata seperti penuh berasap, ataupun cermin yang diselaputi sedikit kabus dan bagi mereka itu dah terang. Samalah juga jika kita lihat meja pada jarak 6 meter sudah jelas tapi bagi merek yang bermasalah rabun , meja tersebut kena di alihkan lebih dekat lagi supaya nampak jelas.
...............seperkara lagi kalau ada terlihat adik/anak/saudara mara/ jiran tetangga menonton televisyen terlalu dekat seperti nak masuk dalam peti televisyen, itu salah satu tanda rabun jauh (myopia).
berbalik pada cerita kanak-kanak tadi......selepas memakai spek lebihkurang 2 minggu, ibunya datang mengucapkan terima kasih kerana segala masalah yang dihadapi oleh anaknya selesai (oghe kelate panggil serupo tohok laut). Tiada lagi sakit kepala ataupun pengsan disekolah.
.......PERHATIAN ............MEREKA YANG PAKAI SPEK.....
Apakah perkara pertama yang anda buat masa nak pergi buat spek, apa sebab utama; spek dah tak terang, bingkai dah rosak atau ketinggalan zaman, sakit kepala ataupun memang dah rutin spek kena tukar?. Sebelum ke kedai spek tu periksalah dulu sama ada kedai tersebut ada Optometris yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia, sebabnya jika nak tanya masalah bab mata ni dia memanglah boleh jawab. jangn percaya sangat pemeriksaan mata dengan komputer (untuk power spek), power tu tak lepas juga kena cek dengan baca ABC. Secanggih mana komputer pun power kena ambil melalui bacaan ABC barulah tepat (faktor manusia). Power komputer hanya untuk screening sahaja.........kat kedai saya pun memang ada komputer tu siap boleh screen tengok selaput dalam mata.........tapi power spek kena periksa dengan baca ABC juga..........................
0 ulasan:
Catat Ulasan