......(sambungan). sememangnya mereka yang ada katarak dalam mata ni harapan untuk pulih tu memang ada terutamanya melalui pembedahan dengan penggantian kanta/manik yang baru di dalam mata.
" Tapi mek!, rama doh oghe royak ko pokcik lepas buat mata makin tok napok, lagumana tu?", tanya pakcik tu sebelum keluar." sebenarnya gini pokcik, kalau tak ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, stroke , buah pinggang dan lain-lain (penyakit ni libatkan kerosakan saraf mata ), kejayaan untuk lihat semula adalah tinggi. tapi biasalah orangbila dengar satu kegagalan dari 10 kejayaan masih yakin kepada kegagalan itu." "Selaput ini terjadi biasanya kerana proses penuaan /peningkatan umur, sama juga seperti kulit berkedut, bongkok dan lain2. Kebiasaannya ia dikaitkan dengan penyakit, keturunan, pendedahan kepada matahari(sinar UV), kurang minum air dan banyak lagi. Dibawah ini saya ingi kongsikan gambar katarak yang biasa dihidapi oleh ramai warga emas
Jenis-jenis katarak ni boleh dilihat pada gambar, biasanya jenis "mature cataract" yang boleh membawa kepada kebutaan. Tetapi jenis ini jika tak ada kerosakan saraf kat retina selepas pembedahab penukaran kanta IOL, InsyaALlah untuk melihat balik adalah tinggi. Pembedahan mata akan di buat sebelah mata sahaja ikut kesesuaian pesakit. Manakala katarak daru jenis yang lain pesakit biasanya tiada masalah sangat dalam penglihatan cuma perlu pemakaian cerminmata dan bila katarak dah terlalu tebal baru buat pembedahan.
0 ulasan:
Catat Ulasan