BUSANA ANA UMMI

SELAMAT DATANG

Busana Ana Ummi
Menjalankan perniagaan secara "offline" dan "online". Menjual koleksi pakaian kanak-kanak seperti jubah dan gaun serta terdapat juga tudung untuk kanak-kanak. Kami juga menjual koleksi pakaian untuk wanita muslimah seperti jubah, jubah seluar, jubah kain, baju kurung moden dan tradisional, blouse labuh, t shirt muslimah dan tudung terkini


Mula beoperasi pada 15 JUN 2009
KT0260931-X (daftar Niaga)
Beoperasi di No:2, Tingkat Bawah, Wisma MDT, 16250, Wakaf Bharu, Kelantan
Jika ada yang betul-betul berminat untuk membeli koleksi pakaian ini boleh sms saya di 0199818094 ataupun e mail ke busanaanaummi@yahoo.com.
Pembayaran boleh dibuat melalui MAYBANK2U @ Paypal

PAKAR PROMOSI

BINA KEDAI ONLINE

ISIKAN EMAIL ANDA DI BAWAH UNTUK DAPATKAN DISKAUN BAGI BARANGAN RUNCIT DAN BORONG .

Nama: Email:

Jumaat, 3 Jun 2011

JUBAH KANAK-KANAK

Rabu, 27 April 2011

Katarak 2

......(sambungan).    sememangnya mereka yang ada katarak dalam mata ni harapan untuk pulih tu memang ada terutamanya melalui pembedahan dengan  penggantian kanta/manik yang baru di dalam mata.
              " Tapi mek!, rama doh oghe royak ko pokcik lepas buat mata makin tok napok, lagumana tu?", tanya pakcik tu sebelum keluar." sebenarnya gini pokcik, kalau tak ada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, stroke , buah pinggang dan lain-lain (penyakit ni libatkan kerosakan saraf mata ), kejayaan untuk lihat semula adalah tinggi. tapi biasalah orangbila dengar satu kegagalan dari 10 kejayaan masih yakin kepada kegagalan itu."  "Selaput ini terjadi biasanya kerana proses penuaan /peningkatan umur, sama juga seperti kulit  berkedut, bongkok dan lain2. Kebiasaannya ia dikaitkan dengan penyakit, keturunan, pendedahan kepada matahari(sinar UV), kurang minum air dan banyak lagi. Dibawah ini saya ingi kongsikan gambar katarak yang biasa dihidapi oleh ramai warga emas 
Jenis-jenis katarak ni boleh dilihat pada gambar, biasanya jenis "mature cataract" yang boleh membawa kepada kebutaan. Tetapi jenis ini jika tak ada kerosakan saraf kat retina selepas pembedahab penukaran kanta IOL, InsyaALlah untuk melihat balik adalah tinggi. Pembedahan mata akan di buat sebelah mata sahaja ikut kesesuaian pesakit. Manakala katarak daru jenis yang lain pesakit biasanya tiada masalah sangat dalam penglihatan cuma perlu pemakaian cerminmata dan bila katarak dah terlalu tebal baru buat pembedahan.

Ahad, 24 April 2011

Jubah Sofy

J 9/189, warna hijau , saiz XL (bahu 43cm, dada  55cm     ,lengan 55cm, labuh 142), RM 189    Warna ini ada saiz L (ukuran sama dgn baju ungu). Setiap baju ada zip dibelakang, kain dari jenis sejuk dan full lining. Design seperti baju kurung dan labuh baju boleh di potong untuk sesuaikan dengan ketinggian sipemakai.
J 9/189, warna oren, Saiz M (bahu 39cm, dada 49cm, lengan 56cm, labuh 142cm), RM  189


J 9/191, Warna biru,  saiz S (bahu 38cm, dada 46cm, lengan53cm, labuh 142 cm),RM 189

J 9/192, Warna Ungu, saiz L (bahu 39cm, dada 52cm, lengan 55cm,  labuh 142 cm), RM189

Selasa, 19 April 2011

Katarak (Selaput Mata)

............."Assalamualaikum, ada orang ke kat dalam kedai ni? ..........  ada seorang pakcik masuk dalam kedai sambil berjalan perlahan dan di pimpin oleh anaknya. "Waalaikumussalam, boleh kami bantu pakcik, ada apa masalah ke?, seorang dari staff menjawab. "pakcik nok buat spek mato lamo doh tok napok, gi spital doktor tak bui buat spek jadipokcik mari sini kut bulih buat.".......
             Itu sekadar perbualan biasa patient/pelanggan yang masuk ke kedai ku terutama yang dah berumur dan umur biasanya 60tahun ke atas. Sebenarnya bila ku lihat je sorang pakcik/makcik melangkah ke dalam kedai/klinikku ni berpimpin seperti tadi ku boleh agak apa masalahnya (berdasarkan pengalaman dan pemerhatian). Bila di buat pemeriksaan terutama autorefractor canon (kat premisku ni -dari jenis boleh scan katarak), sah lah pakcik tadi ada katarak.
Katarak- bila kita lihat pada mata secara luaran x perasan apa-apa tapi cuba perhati betul2 kat anak matanya pasti tidak berapa hitam dan jika kelihatan mata tu dah putih memanglah kataraknya dah tebal.
              "Maaflah pokcik kita x leh nak buat gapo dah dengan mata ni kena gi pisah kat sepital, kalau buat spek buat rugi jah".      (bersambung)




Isnin, 11 April 2011

Jubah 2 Lapis

Sj Collection


J2L 10/1207, warna hijau saiz M, RM 180




Warna pink , saiz XXL

 Warna merah bata, saiz XL.                                                                        Warna coklat gelap, saiz XS,  Harga RM 180. kain sebelah luar jenis chiffon manakala sebelah dalam jenis cotton sejuk

Khamis, 31 Mac 2011

dreamhost codes

Rabu, 30 Mac 2011

Mata juling 2 (squint)

             Mata oh mata.......kalau tanya kat ramai orang sayang ke tidak mata anda?     Mesti jawab SAYANG........., tapi jawapan sayang tu hanya pada mulut sahaja hakikat sebenarnya adalah sebaliknya. Ada seorang ibu tu bawalah anak ke klinik untuk buat pemeriksaan mata, anaknya baru 7 tahun mengadu tengok tv dekat, menulis huruf terbalik dan masa menulis tengok kat kertas bukan main rapat seperti nak cium kertas/buku.Bila ku tengok muka si ibu rasa macam pernah jumpa je, ye la tapi kat mana ya! Tak pelah kita tinggalkan dulu.
             Pemeriksaan mata pun di buat...............keputusannya mata kanak2 tersebut memang kena pakai spek(cermin mata) dan di dapati bermasalah squint pada sebelah mata. Nak sebut anaknya bermata juling ni adalah satu fobia bagi kebanyakkan ibubapa mereka tak dapat terima hakikat. Macamana nak cakap ye: kak mata anak kak ada keluar sikit daripada alignment yang tu lah bermasalah masa menulis dan membaca x boleh lama, kena pakai spek dan perlu buat exercise mata!..............Si ibu pun jawablah "sebenarnya anak saya ni kena sentiasa jumpa pakar mata kat Kedah (datang cek mata kat kedai ketika cuti sekolah) sentiasa ada appointment tapi akak tak pergi, bapanya pila sibuk tok de.  Kak banyak kali dah mari cek mata sini tapi tak pernah buat sekadar cek saja".
              Patutlah rasanya pernah jumpa, staff ku cakap itu kali ke 6 datang cek mata dan dapat khidmat nasihat. Rupa-rupanya nasihatku selama ini sekadar masuk telinga kanan keluar kut telinga kiri dah lah tu temujanji dgn pakarpun diabaikan.  .............sekarang mata anak dah teruk barulah nak paakaikan spek. (dulu takut anak pakai spek takut power bertambah.............sebenarnya power spek kebanyakkan bertambah bila tak pakai-ia akan naik dalam kuantiti yang banyak, kalau pakai sokmo- power naik juga tapi dalam kuantiti sedikit).
            Penyelesaiannya, ku bertegas tiada lain kali dah kena buat spek pakai sokmo kecuali tidur dan mandi. Kena buat terapi mata (exercise) kat klinikku dan datang tepat pada masa yang dijanjikan kalau tidak tahap kejulingan matanya akan makin besar dan hanya satu mata sahaja yang berfungsi yang satu lagi akan jadi ambliopia (lazy Eye).Sebenarnya tahap kejulingan masih boleh dikawal untuk mereka yang di bawah 15 tahun dengan syarat pemakaian crmin mata dan menjalani terapi mata dengan optometris.