Bercerita bab mata ni kadang-kadang ku tak tahu nak bermula dari mana.........tetapi jika diikutkan kepada pengalaman memang banyak. Hairan juga dengan masyarakat kita ni terlalu memandang ringan tentang mata, sedangkan mata merupakan deria anugerah ALlah yang paling penting. Jika tanpa nikmatnya yang satu ini maka gelaplah dunia hitam legam tiada warna .........hatta putih pun tidak.
Ada seoarang pelanggan datang bawa anak berusia 10 tahun mengadu sakit kepala, tak tahan cuaca panas dan seringkali di dapati pengsan di sekolah semasa perhimpunan. Sudah lama anaknya mengadu tapi ibu bapa buat tak tahu hanya kerana anggap perkara itu remeh. Bawa pergi klinik hanya di berikan panadol...........kalau begini sampai bila masalah tak selesai.
Akhirnya atas nasihat seorang kawan maka si ibu bawalah anaknya buat pemeriksaan mata dan hasilnya kanak-kanak tersebut memerlukan pemakaian cermin mata kerana kuasa kanta matanya mencapai 3.00DS untuk setiap mata. Sebenarnya bagi seorang kanak-kanak yang baru bermula untuk pemakaian cerminmata ia adalah sangat tinggi. Maka ku sarankan agar kanak-kanak tersebut memakai cerminmata yang ada warna bersama dengan antisilau. Memanglah kos tinggi sikit tetapi jika kita sayangkan mata anak ia amat berbaloi dengan apa yang dilaburkan...........sambung kemudian.....
2 ulasan:
dlu pakai spek masa darjah 2
sampai skrg da 600 lebey da power
betul tu jaga lah mata. kalo rosak tak boleh nak ganti baru.tapi hanya boleh buat cermin mata.takde spare part untuk tuka mata sebijik
Catat Ulasan