BUSANA ANA UMMI

SELAMAT DATANG

Busana Ana Ummi
Menjalankan perniagaan secara "offline" dan "online". Menjual koleksi pakaian kanak-kanak seperti jubah dan gaun serta terdapat juga tudung untuk kanak-kanak. Kami juga menjual koleksi pakaian untuk wanita muslimah seperti jubah, jubah seluar, jubah kain, baju kurung moden dan tradisional, blouse labuh, t shirt muslimah dan tudung terkini


Mula beoperasi pada 15 JUN 2009
KT0260931-X (daftar Niaga)
Beoperasi di No:2, Tingkat Bawah, Wisma MDT, 16250, Wakaf Bharu, Kelantan
Jika ada yang betul-betul berminat untuk membeli koleksi pakaian ini boleh sms saya di 0199818094 ataupun e mail ke busanaanaummi@yahoo.com.
Pembayaran boleh dibuat melalui MAYBANK2U @ Paypal

PAKAR PROMOSI

BINA KEDAI ONLINE

ISIKAN EMAIL ANDA DI BAWAH UNTUK DAPATKAN DISKAUN BAGI BARANGAN RUNCIT DAN BORONG .

Nama: Email:

Rabu, 29 Jun 2011

KANTA SENTUH 2

 SAMBUNGAN...........
           Macam drama dalam tv pulak siap ada sambungan. Sebelum saya buka cerita tentang kanta sentuh ni , ada ke pembaca kat sini kena sakit mata? Kalau ada tu cepat-cepatlah dapatkan ubat kat doktor dan kalau boleh ambillah cuti kerana ia boleh berjangkit.

Saya nak sambung berkenaan CL (kanta sentuh), kalau kita dah pakai lama dah contohnya lebih dari 2/3 tahun,pernahkah buat pemeriksaan mata tengok mata tu sihat ke tidak? Pemeriksaan selepas (after care) untuk pemakai CL boleh di buat kat Optometris yang berdaftar . Periksalah mata anada kerana biasanya orang yang pakai CL   terlalu lama kesan sampingannya akan terdapat satu pertumbuhan salur darah yang baru dekat mata putih (conjuntiva) menghala ke mata hitam (iris). Kalau makin banyak salur darah yang halus ini ia adalah satu keadaan tak normal pada mata . Ia akan kelihatan merah pada mata putih dan jika dibiarkan ia akan memudaratkan mata hitam dan menguasainya serta boleh bawa kepada risiko kebutaan..........

Salur darah baru yang tumbuh ni disebabkan oleh kornea yang jernih tu ditutupi oleh CL. Ia juga bernafas jadi bila kita pakai CL ia akan halang kornea tu bernafas jadi macam orang jugalah kalau kita tutup hidung maka tak boleh bernafasleh kita. Pembentukan salur darah yang tak normal ni sebenarnya bertujuan untuk bekalkan oksigen pada matalah. Itu satu perkara, satu lagi kalau kita ada gatal-gatal mata, sering merah, kalau berkelip tak cukup penuh anda adalah orang yang berisiko tinggi jika pakai CL. Pemakaian CL ni kena ada disiplin yang tinggi dalam kebersihan terutamanya ketika pakai dan buang CL.

JANGAN SEKALI-KALI  pakai kanta sentuh dalam tandas kerana di situlah tempatnya perkumpulan/gangster-gangster kuman/bakteria. Ingatlah mata itu organ manusia yang paling sensitif kat badan..........

1 ulasan:

-Anis Zahirah- berkata...

nice infO Kak Na :)
nt anis pOn nk update la sal Optometri ni..
same2 share la kn :)
nt sila2 la singgah kt blog anis.hehe

http://bilehatikecilkuberbicara.blogspot.com/