BUSANA ANA UMMI

SELAMAT DATANG

Busana Ana Ummi
Menjalankan perniagaan secara "offline" dan "online". Menjual koleksi pakaian kanak-kanak seperti jubah dan gaun serta terdapat juga tudung untuk kanak-kanak. Kami juga menjual koleksi pakaian untuk wanita muslimah seperti jubah, jubah seluar, jubah kain, baju kurung moden dan tradisional, blouse labuh, t shirt muslimah dan tudung terkini


Mula beoperasi pada 15 JUN 2009
KT0260931-X (daftar Niaga)
Beoperasi di No:2, Tingkat Bawah, Wisma MDT, 16250, Wakaf Bharu, Kelantan
Jika ada yang betul-betul berminat untuk membeli koleksi pakaian ini boleh sms saya di 0199818094 ataupun e mail ke busanaanaummi@yahoo.com.
Pembayaran boleh dibuat melalui MAYBANK2U @ Paypal

PAKAR PROMOSI

BINA KEDAI ONLINE

ISIKAN EMAIL ANDA DI BAWAH UNTUK DAPATKAN DISKAUN BAGI BARANGAN RUNCIT DAN BORONG .

Nama: Email:

Ahad, 5 Jun 2011

Kanta Sentuh

Dah lama rasanya tak update blog ni rasanya dah banyak sangat sawangnya. Takpelah ni baru rasa tenang sikit baru boleh nak mengarang sikit. Kalau tak ada mood susah juga idea nak keluar habis semuanya terbang.

Ok lah kita terus pada topik yang hendak di perkatakan iaitu "kanta sentuh". Apa itu kanta sentuh? rasanya semua orang dah tahu tentangnya walaupun orang tersebut tidak pakai cermin mata sekalipun. Sekarang ni pemakaian kanta sentuh dah jadi 'trend' orang muda pula ,dah setaraf macam pakai mekap, baju, beg dan aksesori lain.Ramainya adalah wanita dan kanta sentuh yang paling glamour sekali ialah yang berwarna dan jenis pakai buang. Warna apa yang paling 'hot' kat pasaran sekarang ni, kalau tak silap saya tentulah 'hazel'.

Sebelum saya pergi lebih jauh tentang kanta sentuh ni, baik saya ceritakan dulu tentang mata kita kerana ia amat berkait rapat dengan kanta sentuh (CL). Bahagian mata yang paling luar sekali di panggil kornea, kawasan kornea inilah yang akan bersentuhan dengan CL apabila kita memakainya. Kalau nak tahu kornea ni adalah kawasan paling sensitif di badan kita. Masuk je habuk kat dalam mata terus kita berkelip-kelip (tindakan automatik mata) untuk buang benda asing dalam mata. Jadi apabila kita pakai CL kanta dalam mata tu rasa sensitif masuk habuk tu dah tak dapat di rasai lagi kerana telah dikurangkan oleh CL. Dah berkurang satu nikmat ALlah.

Keduanya tentang kornea ni, ia adalah satu lapisan jernih kat depan mata kita dan melaluinya kita dapat lihat mata hitam (iris) dan anak mata. Kornea ini sifat sebenarnya adalah ia boleh bernafas dan kandungan airnya adalah tinggi, jadi dengan pemakaian CL ia telah halang sifat sebenar kornea untuk bernafas. Oleh itu berhati-hatilah wahai pemakai CL, pakailah ikut prosedur yang betul terutamanya mengenai tempoh pemakaian janganlah lebih dari 10 jam sehari, nak terlelap sekejap pun ken buka CL tersebut sebab kesannya adalah jangkamasa panjang dan bila dah kena boleh akibatkan buta............
(bersambung)


Boleh baca juga  tentangKANTA LEKAP MURAH

0 ulasan: